suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Maut Dalam Nahas Jalan Raya Semalam

KUALA LUMPUR: Hari kesembilan Ops Sikap ke-21 semalam mencatatkan 14 lagi kematian dengan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan mangsa korban teramai apabila menyumbang kepada 11 kes di seluruh negara.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata tiga kematian lagi membabitkan pengguna kereta dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 136 orang.

Lima kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, empat di jalan negeri, tiga di jalan bandaran dan satu di lebuh raya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 302 kes diikuti jalan persekutuan (294 kes), jalan negeri (170 kes), lebuh raya (71 kes) dan jalan-jalan lain (48 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 885 kes.

Katanya dalam operasi semalam, sebanyak 13,014 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-21 yang bermula Ahad lepas sempena Tahun Baru Cina akan berakhir pada 21 Feb depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain