28 Gerabak Keretapi Tergelincir Di Kedah - Semasa | mStar

28 Gerabak Keretapi Tergelincir Di Kedah

ALOR SETAR: Sebanyak 28 gerabak kereta api barang tergelincir di Kilometer 58.75 berhampiran Kampung Guar Stesyen, Guar Chempedak, kira-kira lapan kilometer dari Pekan Gurun di sini, pada jam 4.48 petang semalam.

Kejadian itu menyebabkan perkhidmatan Ekspres Langkawi-Hatyai dari Gemas, Johor dan perkhidmatan Ekspress Hatyai-Langkawi dari Padang Besar, tergendala kerana landasan ditutup.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fadzil Ismail, kejadian itu berlaku semasa kereta api tersebut sedang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian sedang disiasat," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Fadzil berkata, ekoran kemalangan itu penumpang dari Gemas akan diturunkan di stesen Ipoh dan dibawa dengan bas ke Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan, manakala penumpang dari Padang Besar akan diturunkan di Alor Setar dan dibawa dengan bas ke Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Gemas.

Beliau berkata, kerja-kerja mengalihkan gerabak yang tergelincir di jangka siap lewat malam tadi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

28 Terkorban Pada Hari Kelapan Ops Sikap

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa