suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Maut Semalam, 15 Libatkan Pengguna Motosikal

KUALA LUMPUR: Dua puluh lima kematian dicatat pada hari ketujuh Ops Sikap ke-21 semalam dengan lebih dari separuh yang maut itu melibatkan pengguna motosikal iaitu sebanyak 15 kematian.

Tujuh pengguna kereta, dua pejalan kaki dan satu pengguna basikal turut maut, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sejak operasi mencegah kemalangan itu dilancarkan pada 7 Februari lepas sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, 10 daripada kemalangan maut itu berlaku di jalan persekutuan, lima di jalan negeri, masing-masing tiga di lebuh raya dan jalan bandaran manakala satu di jalan-jalan lain.

Beliau berkata, daripada 1,032 kemalangan yang dicatat semalam, 340 kemalangan berlaku di jalan persekutuan, jalan bandaran (315), jalan negeri (192), lebuh raya (136) dan jalan-jalan lain (49).

"Sebanyak 10,443 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain