suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

28 Terkorban Pada Hari Kelapan Ops Sikap

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kematian dicatat pada hari kelapan Ops Sikap ke-21 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 7 Februari lepas kepada 105 orang.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata dalam satu kenyataan hari ini, mereka yang terkorban melibatkan 13 pengguna motosikal, tujuh pengguna kereta, dua pengguna van, tiga pengguna jip, seorang pengguna basikal dan dua pejalan kaki.

Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 328 kes diikuti jalan persekutuan (325 kes), jalan negeri (162 kes), lebuh raya (62 kes) dan jalan-jalan lain (61 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 938 kes.

Beliau berkata dalam operasi semalam, sebanyak 9,408 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain