suria

19 Terkorban Pada Hari Ke-9 OPS Sikap

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kematian dicatat pada hari kesembilan Ops Sikap ke-21 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya seramai 124 orang sejak operasi itu bermula 7 Feb lepas.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli dalam satu kenyataan berkata mereka yang terkorban terdiri sembilan pengguna motosikal, enam pengguna kereta, dua pejalan kaki serta masing-masing seorang bagi pengguna van dan lori.

Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 305 kes diikuti jalan persekutuan (278 kes), jalan negeri (161 kes), lebuh raya (73 kes) dan jalan-jalan lain (60 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 877 kes.

Beliau berkata dalam operasi semalam, sebanyak 9,823 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zulkifli Cabar PKR Supaya Dipecat?

Artikel Berikut

Artikel Lain