suria

AC Dibenar Tarik Balik Permohonan Hak Penjagaan Anak

AC Mizal menarik balik permohonan hak penjagaan anak kerana komitmen terhadap kerjaya.
AC Mizal menarik balik permohonan hak penjagaan anak kerana komitmen terhadap kerjaya.
AC Mizal menarik balik permohonan hak penjagaan anak kerana komitmen terhadap kerjaya.

SHAH ALAM: Pelakon dan hos Akademi Fantasia, AC Mizal hari ini menarik balik permohonan hak penjagaan anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad membenarkan permohonan itu selepas mendengar permohonan yang dibuat peguam AC, Siti Aishah Din, yang menyatakan anak guamnya tidak boleh memberikan komitmen untuk ke mahkamah berikutan sibuk dengan kerjayanya.

Peguam Syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal ketika ditemui di luar mahkamah berkata, anak guamnya (AC Mizal) tidak mahu kes ini memberi masalah kepada semua pihak jika dia tidak memberi komitmen untuk hadir ke mahkamah.

"Sepatutnya prosiding bermula hari ini, tapi AC tarik balik permohonan ini atas sebab kerja dan komitmen untuk datang ke mahkamah.

"Kita tidak mahu nanti ia menjadi masalah kepada pihak mahkamah dan pihak-pihak lain. Kami akan tumpukan kes di Kajang iaitu perbicaraan permohonan bekas isterinya, Shafnie bagi mengubah perintah nafkah anak-anak," katanya.

Bagaimanapun, AC Mizal dan Shafnie tidak hadir dalam prosiding yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Disember tahun lalu, AC Mizal atau nama sebenarnya selaku plaintif telah mengemukakan permohonan untuk mengubah perintah hak penjagaan.

AC Mizal dan Shafnie telah bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001. Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9.

Artikel Lain