44 Warga Asing Termasuk Lapan Wanita Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 44 warga asing termasuk lapan wanita kerana tinggal melebihi masa di negara ini berikutan visa tamat tempoh dalam satu operasi cegah jenayah bersepadu di Mentari Court, Petaling Jaya di sini.

Mereka yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi selama empat jam 30 minit yang berakhir pada 9.30 malam tadi membabitkan tiga blok daripada tujuh blok pangsapuri 15 tingkat itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Abd Razak Elias berkata, kebanyakan daripada mereka adalah warga negara Nigeria yang juga pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan warga negara Indonesia yang bekerja kilang di kawasan berhampiran.

"Mereka tinggal di kawasan perumahan ini kerana rumah yang mereka diami itu dijadikan asrama oleh ejen pekerja dan pelajar asing di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Katanya mereka akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk tindakan lanjut oleh pihak Imigresen.

Abd Razak berkata operasi itu membabitkan 151 anggota terdiri daripada anggota polis, Imigresen Shah Alam dan Jabatan Pendaftaran Negara serta sebuah helikopter polis turut digunakan dalam operasi itu.

Katanya polis dan Imigresen akan terus memantau kawasan itu berikutan masih ramai warga asing yang tinggal melebihi masa berjaya meloloskan diri dari serbuan itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

2009 Tahun Penuh Cabaran Buat Nik Aziz

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain