suria

Bukit Antarabangsa selamat dihuni? Diketahui Jumaat

KENDERAAN milik penduduk Bukit Antarabangsa melalui jambatan kekal, Compact-200 Bailey Bridge, yang mula dibuka sepenuhnya hari ini. Jambatan ini yang siap dibina semalam oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) menggantikan jambatan taktikal sementara milik Angkatan Tentera Malaysia yang sebelum ini digunakan bagi memudahkan penduduk di kawasan tanah runtuh di sini, mengeluarkan kenderaan dan barangan mereka. Jambatan yang berukuran 18 meter panjang dan lebar 11 meter ini mampu menampung beban 55 tan matrik dan berfungsi dua hala. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor akan membuat pengumuman mengenai status tahap keselamatan kawasan-kawasan sekitar tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa Jumaat ini.

Cawangan Kejuruteraan Cerun dijadual melengkapkan kajian mereka Khamis ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengumuman itu meliputi sama ada kawasan tersebut selamat untuk dihuni dan penduduk terbabit boleh kembali ke rumah mereka ataupun sebaliknya.

Jika penduduk berkenaan tidak boleh pulang ke rumah masing-masing, beliau memberitahu, pihaknya mempunyai penyelesaian bagi mereka yang tiada tempat tinggal kelak.

Buat masa sekarang kawasan-kawasan sekitar tragedi masing dianggap sebagai kawasan yang tidak selamat, kata beliau ketika ditemui di lokasi tragedi hari ini.

Buat masa sekarang penduduk yang terbabit boleh tinggal di Sekolah Kebangsaan.

Bagi mereka yang tidak mahu tinggal di sekolah tersebut, penduduk terbabit tinggal di De Palma Hotel, milik kerajaan negeri. di Ampang, katanya.

Mereka diberikan potongan 50 peratus dan kemudahan itu akan ditambah kemudian, katanya.

Justeru, kata beliau, orang ramai boleh memberikan pandangan dan aduan dengan mengunjungi laman web www.savebukitantarabangsa.com.

TIDAK DIBENAR PINDAH BARANG

Dalam pada itu, penduduk lima taman di sekitar Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh Sabtu lepas, tidak lagi dibenarkan memindahkan barangan peribadi mereka demi tujuan keselamatan.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abd Jalil Hasan berkata, ini kerana tanah di kawasan tersebut masih belum stabil.

"Bagaimanapun penduduk dibenarkan mengambil dokumen penting dari rumah mereka selepas mendaftar di kaunter Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Dalam hal ini mereka perlu mengambil pas pengenalan diri yang mengesahkan mereka penduduk berdekatan lokasi kejadian.

"Bagi tujuan mengambil barangan peribadi pula, penduduk terpaksa menunggu sehingga 19 Dis ini kerana pada tarikh berkenaan kita akan memutuskan sama ada kawasan perumahan mereka selamat untuk dimasuki atau tidak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sidang media tersebut turut dihadiri Pegawai Daerah Gombak Huzaily Samsi.

Sementara itu, Abd Jalil berkata, penghuni bagi 14 banglo yang ranap tertimbus dalam kejadian pada 6 Disember lepas dilarang sama sekali memasuki kawasan rumah mereka dan pihaknya akan memagar kawasan tersebut dalam masa terdekat.

Katanya setakat ini pihaknya menerima 207 laporan polis, satu membabitkan kecurian di kawasan 'Ground Zero' (kawasan 14 banglo tertimbus) manakala selebihnya melibatkan laporan kehilangan binatang peliharaan seperti anjing dan kucing serta laporan bagi membolehkan penghuni mendapatkan cuti pelepasan daripada majikan masing-masing.

JAMBATAN KEKAL SIAP

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan jambatan kekal sepanjang 250 meter merentasi longkang besar dari Jalan Bukit Antarabangsa ke Jalan Bukit Mewah 2.

Jambatan itu bakal menjadi jalan utama penduduk di sekitar kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama sebagai laluan untuk keluar masuk.

Pada mulanya jambatan kekal itu dicadangkan dibina bersebelahan jambatan sementara (taktikal) yang dibina pada Ahad lepas, tetapi terpaksa dialihkan berhampiran pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ekoran protes daripada penduduk Pangsapuri Riverdale Park yang mendakwa ia mengganggu kehidupan seharian mereka.

Panglima 11 Briged, Brigadier Jen Datuk Azman Rosli berkata, pihaknya terpaksa menutup laluan utama hingga ke jambatan sementara selama tiga jam mulai pukul 2 petang bagi kerjakerja membuka jambatan sementara itu.

"Jambatan JKR (kekal) sudah disiapkan pada pukul 3.30 pagi tadi dan boleh digunakan sekarang.

"Tepat pukul 2 petang ini jambatan taktikal itu mula dibuka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Azman berkata, laluan alternatif yang menghubungkan Taman Bukit Mewah ke lokasi kejadian tanah runtuh juga sudah siap dibina oleh tentera dengan kerjasama JKR pada pukul 4.30 pagi tadi dan ia sudah boleh digunakan.

Ketika ditanya pemberita sama ada tentera akan terus kekal di kawasan operasi, Azman berkata: "tentera akan tetap berada di sini sehingga keadaan memerlukan."

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi Sabtu lepas, empat terkorban manakala 23 lagi cedera apabila sebahagian Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa mengalami tanah runtuh yang menyebabkan 14 banglo di lereng bukit taman itu ranap.

Berikutan tragedi itu, kirakira 5,000 penduduk terputus hubungan apabila satusatunya jalan masuk ke perumahan mereka ditimbus runtuhan tanah yang membabitkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain