suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keow teow sup siam

RESIPI sup siam biasa dinikmati bersama keow teow, bihun atau pun mi. Biarpun hidangan ringkas tapi gerenti sedap. Cubalah.

Bahan-bahan 1 (untuk sup):

1 ekor ayam (potong 8)

Sup bunjut adabi 2 ketul

Halia 3 inci ketuk

Rempah 4 sekawan

Air (agak-agak)

* Rebus semua. Apabila ayam sudah masak, asingkan isinya dan siat-siat isi ayam tersebut.

* Perasakan dengan garam.

Bahan-bahan 2:

Keow teow

Kangkong

Tauge

*Celur semua.

Cili kering - sangai kisar halus @ boleh gunakan cili flakes yang dah siap.

Kacang tanah - sangai kisar

Lobak masin

Minyak bawang putih - bwang putih cincang & goreng kuning.

Sambal cili - cili padi merah + cili besar merah kisar bersama garam dan cuka

Sos ikan @ sos sotong

*Kredit: Zela Said

keow teow sup siam

Artikel Berikut

Kuba guling

Artikel Lain