Di Carcosa Seri Negara, iftar terasa bagai makan malam istimewa! - Jamu Selera | mStar

Di Carcosa Seri Negara, iftar terasa bagai makan malam istimewa!

LAMBAKAN bufet Ramadan di kebanyakan restoran dan hotel menampilkan seleksi juadah dan persekitaran yang hampir sama sahaja.

Jika anda mencari kelainan, 'The Gulai House' di Carcosa Seri Negara adalah jawapannya.

Tidak pernah terlintas pun di fikiran penulis untuk menjamu selera di bangunan bersejarah yang gah dan berprestij itu.

Namun, mStar Online berkesempatan merasai sendiri pengalaman eksklusif berbuka puasa dan bersiar-siar di sekitar Carcosa Seri Negara.

Dengan harga bufet serendah RM79 untuk dewasa dan RM39 (kanak-kanak bawah 12 tahun), ianya cukup berbaloi.

Menghimpunkan juadah-juadah tradisional Melayu, ia seolah-olah membawa kami menelusuri sejarah negara dengan setiap suapan. Segalanya sedap dan cukup sempurna.

Antara yang ditawarkan ialah mee hoon Siam, kari ikan tenggiri, daging dendeng, sambal tumis sotong kembang dan sayur Jawa.

Malah, hidangan seperti sate, bubur lambuk, roti jala bersama kari ayam, pengat pisang, lopis dan pulut panggang turut dihidangkan kepada pengunjung.

Seleksi menu turut membariskan kuih puteri sebilik, kacang pool, lontong dan banyak lagi. Pendek kata, macam-macam ada.

Selain menu yang membangkitkan selera, suasana berbuka puasa di The Gulai House juga begitu mempesonakan.

Anda seolah-olah sedang menikmati makan malam istimewa dalam sebuah banglo mewah.

Susunan meja dan dekorasi di sekitar bangunan itu juga kelihatan mewah, klasik dan elegan.

Malah, terdapat banyak lokasi yang boleh disifatkan sebagai 'insta-worthy' di sekitar Carcosa Seri Negara.

Apa yang paling penting, ia bukan sekadar pengalaman menjamu selera, malah anda berpeluang menghayati sejarah kemerdekaan negara secara lebih mendalam menerusi apa yang dipamerkan di situ.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 019-2352664, 012-3402664, 017-9367493 atau 012-9408607.

bufet Ramadan , Carcosa Seri Negara

Artikel Sebelum

Sup gear box TSE

Artikel Berikut

Perut masak lemak cili api, rebung muda

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain