suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perut masak lemak cili api, rebung muda

HIDANGAN nostalgia ini pastinya membangkitkan selera anda setelah seharian berpuasa. Ikuti cara penyediaannya yang mudah.


(Hidangan untuk 10 orang)

500 gram perut lembu, dibersihkan dan dihiris
160 gram cili padi (cili mata burung)
Kunyit segar 30 gram
Bawang merah 190 gram
30 gram bawang putih
60 mililiter santan
garam secukup rasa
100 gram rebung muda
2 daun kunyit

Cara Penyediaan

1) Dalam periuk besar yang dipenuhi dengan air, rebus perut sehingga lembut.

2) Dalam pemproses makanan, kisarkan cili padi, kunyit, bawang merah dan bawang putih.

3) Panaskan periuk atas api yang perlahan dan tambah bahan-bahan tadi. Biarkan ia mendidih selama 5 minit. 

4) Masukkan santan dan kacau berterusan

5) Tambahkan garam secukup rasa, masukkan rebung dan daun kunyit. Rebus selama 5 minit dan hidangkan panas
rebung, perut

Artikel Berikut

Ayam kurma navratan

Artikel Lain