suria

Menu Warisan Desa bagai iftar di rumah

MEMASAK membawa pelbagai definisi berbeza, ujar Sous Eksekutif chef Le Meridien Kuala Lumpur, Budiman Bistari Mohamed.

Bagi dirinya ia bermakna kesungguhan dalam penghasilan juadah, minat ibunya sendiri dalam  bidang itu dan penjagaan ahli keluarga serta rakan sepasukan.

"Ibu saya Ramlah Khalid adalah tukang masak yang hebat dan suka memberi kegembiraan pada orang," ujar chef berusia 43 tahun itu.

Lantas ia menjadi inspirasi utama dalam penghasilan juadah untuk santapan berbuka puasa di Le Meridien Hotel kali ini.

Bufet bertemakan Warisan Desa itu menawarkan juadah tradisional yang diberi sentuhan moden.

"Kami mahu memastikan menu Ramadan mengandungi elemen seperti manis, masin, pahit, rangup, pedas dan diselitkan dengan rasa herba.

"Banyak juadah di sini merupakan penambahbaikan juadah tradsional yang menjadikan ia setaraf dengan makanan antarabangsa," ujar Budiman.

Mee kuah putih salmon sambal kering, sendiri berbiri kuah merah tairu bawang putih dan kambing panggang rempah merupakan hidangan signatur di situ.

Selain itu, mereka turut menawarkan bubur lambuk tumis darat ayam, serunding, ikan bakar kuah sambal berserai tumis, rendang ayam pencen dan macam-macam lagi.

Antara sajian yang menjadi tumpuan ramai ialah asam pedas daging tetel haruman daun limau, masak lemak kuning ikan bawal dengan tomato jeruk asam mentimun dan sotong kemanggi.

Bukan sahaja juadah tempatan, mereka turut menyediakan hidangan antarabangsa untuk pengunjung yang datang berbuka di situ.

Antaranya salad salmon salai dan Japanesse sizzling beef teriyaki, sushi dan sashimi.

Pendek kata, semua ada kerana ia merangkumi hidangan barat, Jepun, Cina, India dan Melayu.

Bagi pencuci mulut pula, anda boleh mencuba pulut panggang, kuih sago, koci pulut hitam, pulut inti, bingka ubi, bubur cha cha dan serawa durian.

Kek seperti morello cherry chessecake, pavlova buah dan earl grey chocolate turut ditawarkan.

Bufet berharga RM180 untuk dewasa dan RM90 (kanak-kanak).

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-22637434. 
Warisan Desa, Le Meridien

Artikel Sebelum

Ayam kurma navratan

Artikel Berikut

Artikel Lain