suria

Iftar ala kampung di Bayou Lagoon

MELAKA: Bayou Lagoon Park Resort mengetengahkan pelbagai hidangan tradisional menerusi bufet Ramadan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Marco Seow berkata, chef muslim di situ mahu menghimpunkan semua juadah kegemaran orang ramai di bawah satu bumbung.

"Kami memilih hidangan terbaik dari serata negeri dan disediakan mengikut cara kampung.

"Antara yang patut dicuba ialah hidangan signatur kami iaitu kaki kambing bersama nasi mandy dan daging kerutup," ujarnya.

Dalam penyediaan nasi mandy misalnya, pasukan chef menggunakan rempah istimewa dan resepi itu diperturunkan daripada chef-chef terdahulu.

Selain hidangan gaya kampung, mereka turut menyediakan gerai mee dan murtabak.

Malah, pengunjung juga boleh menikmati kambing golek, sate dan macam-macam lagi.

Sewaktu berbuka puasa, pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian ghazal dan lagu raya.

Harga bufet Ramadan di Bayou Lagoon Park Resort ialah RM68 untuk dewasa, RM38 (kanak-kanak) dan RM58 (warga emas).

Selain juadah berbuka puasa, anda juga boleh berhibur di taman tema air, Magic Art Museum dan teater 9D.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 06-233 0888 atau email kepada [email protected].

Bayou Lagoon, Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain