Sambal bilis goreng bersulam petai - Jamu Selera | mStar

Sambal bilis goreng bersulam petai

RESEPI ringkas ini pastinya menjadi pilihan ramai kerana ia bukan sahaja enak malah boleh disediakan dalam tempoh singkat sahaja. Ikuti cara penyediaan sambal ikan bilis dan petai untuk juadah berbuka anda.

(Hidangan untuk 10 hingga 12 orang)

400 gram ikan bilis yang sudah dibersihkan
300 gram petai
1 kilogram cili kering dipotong halus
220 gram bawang besar dipotong nipis
180 gram bawang merah dipotong nipis
160 gram bawang putih dipotong nipis
300 gram cili boh
100 gram belacan
200 gram air asam jawa
400 mililiter santan
garam

Cara penyediaan

1) Goreng ikan bilis sehingga rangup dan ketepikan dahulu.

2) Dalam periuk besar yang dipenuhi dengan air, masukkan cili kering dan masak sehingga mendidih. Pindahkan cili ke dalam pemproses makanan dan kisar sehingga halus dan menjadi pes cili.


3) Dalam periuk dalam, tumis bawang, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan kisaran pes dan cili boh ke dalam adunan. Kacau secara berterusan sehingga pecah minyak (lapisan minyak timbul). Kemudian, tambahkan belacan, jus asam dan garam secukup rasa.

4) Setelah campuran bertukar warna menjadi gelap, tambahkan ikan bilis goreng dan petai. Masak selama 2 minit. Hidangkan panas dengan nasi.

ikan bilis , petai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kari kepala ikan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain