Dulu hanya ada sebuah mesin jahit, kini bina empayar… pemilik Sabella sebak kenang jari isteri bengkak siapkan tempahan

Mohd Sufian bersama isteri kini memiliki kilang sendiri.

TIADA siapa yang ingin hidup dalam serba kekurangan.

Namun, sikap tidak pernah berputus asa dan yakin dengan rezeki setiap orang, pasangan suami isteri kini mampu tersenyum lebar selepas penat jerihnya menjahit akhirnya menunjukkan sinar dalam kehidupan mereka.

Bagi Mohd Sufian Sulaiman dan Siti Fatimah Abd Samad, segala kejayaan mereka pada hari ini adalah hasil sikap ingin berjaya dan tidak pernah berputus asa.

ARTIKEL BERKAITAN:  Dr Azizan Osman catat sejarah, anak Malaysia pertama dianugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena MADcon Dubai 2019

Mula menjahit hanya dengan sebuah mesin, lama-kelamaan ia semakin berkembang dan jenama Sabella kini mampu berdiri gah dan beroperasi sebagai sebuah kilang.

Mohd Sufian dan isteri (dua kanan) ketika menghadiri Program Richworks.

Paling manis ia adalah milik mereka sendiri. Lebih bermakna, kejayaan pasangan ini memiliki Sabella Holding Sdn Bhd disambut pada dekad baharu, tanggal 1 Januari 2020.

Usaha tanpa jemu

Mengimbas kembali kehidupan sebelum ini, Mohd Sufian memberitahu, isterinya mula menjahit untuk membantu menambah pendapatan keluarga.

"Jika diimbas kembali, saya agak sebak apabila teringat jari isteri saya yang bengkak dan sakit selepas menjahit 100 helai tempahan.

"Namun dia tetap berusaha menyiapkan tempahan baju dan memastikan pelanggannya dapat apa yang mereka nak. Dia bersungguh-sungguh ingin membantu menambahkan pendapatan dan tidak mahu hidup dalam kesusahan.

"Saya masih ingat lagi, ketika isteri memulakan perniagaan, dia pernah berniat, “Jika Allah bantu aku hari ini, maka aku akan bantu lebih ramai orang yang susah dari aku," katanya.

Mohd Sufian bersama isteri menerima anugerah khas Program Inner Circle (ICM) Meeting Richworks baru-baru ini.

Mohd Sufian turut tidak dapat melupakan saatsaat anak mereka turut terkena tempias kesusahan keluarganya ketika itu.

"Kami dulu pernah hidup susah sampai tak ada duit nak beli susu untuk anak sehingga terpaksa gunakan susu pekat manis yang dibancuh air kosong dan beri kepada anak sebelum tidur. Pada masa itu memang tak ada duit. Kami tak ceritakan ini kepada sesiapa sebab tak nak susahkan orang lain.

"Ketika itu juga saya bekerja sebagai pelukis pelan dan kehidupan di tengah bandar membuatkan kami sekeluarga tergolong dalam kumpulan miskin bandar," kongsi Mohd Sufian.

Rezeki semakin bertambah

Menurut Mohd Sufian, walau apa pun cabaran beliau dan isterinya tidak pernah berhenti berusaha untuk menaikkan taraf hidup mereka sekeluarga.

Sambil mengakui apa yang dicapai ini adalah hasil usaha keras, tetapi apa yang penting mereka tidak hanya bergantung kepada satu cara sahaja.

Jelasnya, kehidupan mereka semakin baik selepas menjadi ahli Titanium dan anak didik kepada Pakar Pemasaran No.1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman.

Dr Azizan dijemput merasmikan kilang sulung Sabella.

"Kami menyertai  menyertai Program RichWorks dengan sasaran jualan di bawah RM30,000 sebulan.

"Saya mencari mentor bisnes dan menyertai Richworks. Selepas itu jalan perniagaan semakin luas dan mula mendapat banyak tempahan.

"Susulan itu, kami telah menaik taraf bisnes daripada hanya sebuah mesin jahit kepada lebih 30 mesin jahit, selain menyewa sebuah kedai lot tepi dan menambah jumlah pekerja.

"Dengan izin Allah ia berubah menjadi datangnya punca rezeki yang melimpah tanpa sedar dan kini, Sabella menjadi sumber pendapatan kepada ejen dan dropship serta kakitangannya," ujarnya.

Kilang sendiri

Kemajuan perniagaan Sabella yang mengeluarkan dan memasarkan baju kurung tanpa gosok ini begitu pantas.

Jika dahulu, setiap bahagian syarikatnya dikendalikan oleh pasangan suami isteri ini sahaja, tapi sekarang empayar bisnes Sabella diisi dengan lebih 100 kakitangan.

Bukan itu sahaja, jika sebelum ini pencapaian jualan mereka hanya RM1 juta setahun, kini ia meningkat kepada RM24 juta dalam tempoh 3 tahun selepas bergelar anak didik Dr Azizan.

Lot kedai yang pernah disewa Mohd Sufian dan isterinya.

Lebih membanggakan, pembukaan kilang baharu mereka tidak menggunakan pinjaman bank, sebaliknya ia hasil keringat mereka dalam bidang perniagaan.

"Kejayaan Sabella hari ini bermula daripada kepayahan hidupnya dahulu. Terima kasih kepada ibu bapa yang sangat menyokong perniagaan kami dan juga mentor kesayangan, Dr Azizan yang sentiasa membimbing saya dan isteri," ujarnya yang menjemput Dr Azizan merasmikan kilang baharu mereka itu.


Dalam pada itu, RichWorks turut mengucapkan jutaan tahniah kepada Mohd Sufian dan Siti Fatimah di atas pembukaan kilang Sabella.

"Kami berharap kisah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan di luar sana untuk berusaha mencari ilmu dan bertindak mengembangkan bisnes mereka sehingga mampu mencapai jualan mencecah jutaan ringgit setahun,” kata syarikat itu.

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia