suria

AirAsia & Artis Kumpul Lebih RM120,000 Untuk Tabung Makna

Aireen Omar (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Farahida Mohd Farid (tiga dari kanan) sambil diperhatikan petugas AirAsia pada Ahad. FOTO: IBRAHIM MOHTAR
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berjaya mengumpul dana berjumlah RM120,945.64 dalam usaha membantu meringankan beban penghidap kanser.

Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, kutipan itu diperoleh hasil kempen amal #AirAsiaMAKNA yang telah dilancarkan syarikat itu menerusi cara menjual baju T edisi istimewa dengan rekaan ikonik kru penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia.

"Tujuan kami melancarkan kempen #AirAsiaMAKNA ialah mahu mendidik masyarakat awam untuk mengenali sakit kanser, pencegahan awal dan seterusnya membantu golongan yang tidak berkemampuan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu di Fahrenheit 88 di sini pada Ahad.

Pengurus Besar, Majlis Kanser Nasional (Makna) iaitu Farahida Mohd Farid menerima sumbanghan bagi pihak majlis tersebut.

Hadir memberi sokongan iaitu para artis antaranya Ryzal Jaafar, Fahmie Esmail, Amelina, Sasha Saidin, Thanuja Ananthan, Tam Suhaimi, Ungku Ismail Aziz, Aizat Amdan, Chef Nik Michael Imran, Harris Aliff dan Maya Karin.

Mereka turut memberi derma persendirian sebanyak RM500 seorang kepada tabung berkenaan sebagai usaha menjayakan kempen itu.

Kata Aireen, sejak kempen itu dilancarakan, pihaknya mendapat sokongan ramai selebriti di mana mereka membantu menyebarkan informasi di laman sosial masing-masing menerusi hastag #AirAsiaMAKNA.

AirAsia juga menjual baju-T edisi istimewa  pada harga RM30 sehelai.

Terdahulu pada majlis sumbangan cek berkenaan, penyanyi Maya Karin turut menghiburkan orang ramai dan keluarga penghidap kanser dengan lagu Tersenyum, Laskar Pelangi dan Let It Be.

Maya juga memberikan sumbangan peribadinya sebanyak RM2,000.
AirAsia, Makna

Artikel Berikut

Zakat Perniagaan Suburkan Harta

Artikel Lain