suria

Sijil Simpanan Premium BSN Bentuk Sikap Masyarakat Menabung

PERKEMBANGAN global pada masa kini terutama melibatkan kenaikan kos sara hidup serta kadar inflasi yang meningkat, seharusnya merangsang pemikiran masyarakat untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Secara tradisinya, amalan menabung adalah salah satu kaedah yang diamalkan sebagai langkah persediaan yang dimaksudkan. Malah, usaha ini juga harus dijana melalui pelaburan yang bersifat jangka panjang.

Persoalannya,  bagaimana wang yang disimpan itu dapat memberikan pulangan yang lumayan selain halal mengikut tuntutan syarak kepada penabung? Atas tujuan itu, Sijil Simpanan Premium (SSP) di Bank Simpanan Nasional adalah salah satu skim simpanan unik yang sesuai buat semua lapisan masyarakat.

Mula diperkenalkan sejak tahun 1978, produk SSP hanya ditawarkan di BSN dan telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini. 

Skim ini memberi peluang kepada penyimpan untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan di samping menikmati pulangan dividen daripada simpanan mereka. Ini juga merupakan insentif kepada penyimpan untuk terus menambah simpanan dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, SSP juga adalah produk simpanan patuh syariah yang menggunakan konsep Mudharabah iaitu perkongsian keuntungan. Oleh itu, penyimpan tidak perlu risau akan pelaburan yang dilakukan oleh pihak bank.


Cabutan SSP BSN bukan sahaja dilakukan pada setiap bulan malah secara mingguan. Ini sekaligus memberi peluang berganda kepada penyimpan untuk memperoleh pelbagai ganjaran menarik secara berterusan tanpa perlu mengeluarkan simpanan SSP.

Melalui Cabutan Bulanan, penyimpan berpeluang untuk memenangi kereta mewah BMW atau Mercedes Benz. Selain itu, seramai 13 pemenang bertuah dari setiap negeri akan dipilih untuk memenangi kereta Perodua Axia pada setiap bulan.

Apa pun, tumpuan sudah pastinya terarah kepada tawaran peluang meraih RM1 juta ringgit melalui Cabutan Istimewa SSP BSN yang akan diadakan pada bulan Disember. Ia melibatkan penyimpan Simpanan SSP Biasa atau Edisi Khas dengan minimum simpanan RM3,000 dan ke atas.

Penyimpan yang mempunyai SSP dengan jumlah keseluruhan atau baki simpanan minimum RM3,000 dan ke atas dua (2) hari sebelum hari cabutan layak menyertai Cabutan Istimewa.

Malah, Penyimpan yang mempunyai SSP dalam satu (1) sijil tunggal dengan minimum RM3,000 sebelum bulan Disember juga layak mendapat “Peluang Berganda” dalam Cabutan Istimewa.

Ini bermakna nombor atau unit SSP pelanggan sedia ada digandakan untuk memberi peluang yang lebih tinggi untuk menang dalam Cabutan Istimewa. Lebih awal SSP disimpan, lebih banyak “Peluang Berganda” yang akan diberikan.

Meskipun ditawarkan pelbagai hadiah menarik, harus diingat tujuan utama simpanan adalah untuk tabungan semata-mata tanpa mengharapkan kemenangan. Jika rezeki individu itu sudah tertulis, maka ia perlu dianggap sebagai bonus atas sifat serta komitmen menabung selama ini.


BSN, Sijil Simpanan Premium

Artikel Lain