suria

Promosi Produk Kesihatan Felda Wellness Di IOI City Mall Minggu Ini

Produk Neutrax bakal menemui orang ramai menerusi jelajahnya yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.

DUA produk kesihatan tempatan yang kian hangat diperkatakan di pasaran, Neutrax Original dan Neutrax Therapy Oil tidak mustahil menjadi milik anda dalam masa terdekat.

Membantu pengguna menikmati kehidupan lebih sihat secara dalaman dan luaran, dua produk berasaskan kelapa ini boleh diperolehi dengan pakej harga menarik apabila anda berkunjung ke jelajah Neutrax-Guardian di IOI City Mall, Putrajaya bermula 26 hingga 29 Mac ini.

Pengurus Kanan Pengurusan Jenama Felda Wellness Corporation, Farhan Hafetz berkata,  promosi istimewa ini ditawarkan buat pertama kali kepada pengguna selepas ia menerima maklum balas memberangsangkan sejak diperkenalkan di pasaran Februari lalu.

"Kita menerima respons yang amat positif daripada pengguna di seluruh Malaysia.

"Hampir semua yang sudah mencubanya berpuas hati dengan keberkesanannya dan tidak teragak-agak menjadikannya sebagai produk kecantikan dan produk makanan tambahan sama ada untuk diri sendiri atau seisi keluarga," katanya kepada mStar Online.


Menurut Farhan, sama ada pengguna setia atau yang baharu mahu berjinak-jinak dengannya, mereka berpeluang mendapatkan 'value pack' untuk dua produk tersebut dengan harga RM99.88, harga yang lebih rendah berbanding yang ditawarkan di pasaran, berserta potongan lima peratus yang ditawarkan oleh farmasi Guardian.

Katanya, kedua-dua produk tersebut sebelum ini hanya boleh didapati di farmasi Guardian dan Watson di seluruh negara dan harga pasaran untuk Neutrax Original dan Neutrax Therapy Oil, masing-masing RM69.90 dan RM59.90.

"Tidak cukup dengan itu, 50 pembeli terawal 'value pack' setiap hari akan menerima sebotol lagi Neutrax Therapy Oil secara percuma," katanya.

Farhan berkata, penghasilan dua produk ini daripada ekstrak kultur kelapa dengan Bio-Lipopeptide menjadikan ia unik dan berbeza dengan produk lain seumpamanya di pasaran. Ia juga bebas bahan kimia.

"Kajian menunjukkan kandungan asid Lauriknya yang tinggi, khususnya yang terkandung dalam Neutrax Original mampu membantu meningkatkan tahap tenaga dan imuniti, mengawal-atur hormon, menstabilkan kadar gula dan meningkatkan proses penyembuhan sel.

"Ia dapat membantu pesakit diabetis, mereka yang menghidap Asma, kanser kolon, tekanan darah tinggi, migrain dan terbaharu ia dikatakan mampu menjadi penawar kepada denggi," katanya.

Katanya, pengguna hanya perlu makan dua sudu Neutrax Original setiap hari atau memasukkanya di dalam minuman atau masakan untuk mendapatkan manfaat kesihatan.

"Neutrax Therapy Oil pula digunakan secara luaran dan ia baik dan membantu merawat parut, ekzema, kulit kering dan tidak sekata," katanya.

Katanya, seperkara menarik tentang produk ini apabila ia telah menjalani kajian dan penyelidikan di Amerika Syarikat (AS)  dan masih lagi dalam proses bagi mengenal pasti potensi selebihnya dan manfaat kesihatan lain.

Tambahnya, pihaknya juga sedang dalam proses menembusi pasaran AS dan Korea Selatan.

Sebagai tambahan kepada program jelajah minggu ini, Farhan berkata, selain promosi produk, pengunjung juga berpeluang menyertai pemeriksaan kesihatan, derma darah, sambil dihiburkan oleh artis-artis jemputan serta berpeluang mendapat hadiah dan cenderamata.

Paling penting, katanya, pengunjung terpilih akan dapat merasai pengalaman duduk di Mesin Terapi Oksigen yang pertama kali dibawa masuk ke Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain