suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang dituduh mencuri di pasar raya, lelaki ‘naik hantu’ cekik anggota polis

Suspek didakwa mengganggu dan menghalang polis melakukan tugasan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia 30 tahun bertindak berani menyerang seorang anggota polis ketika dia disoal siasat berhubung kes kecurian di sebuah pasar raya.

Berdasarkan laporkan, kejadian itu berlaku ketika polis berkenaan datang ke pasar raya tersebut selepas menerima aduan daripada pengurus pasar raya berhubung kes kecurian barang.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hakodate, Hokkaido, Jepun, pada Isnin lalu.

Suspek pada awalnya disoal siasat oleh seorang anggota polis di pasar raya berkenaan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum bertindak mencekik leher anggota polis menggunakan tangan kanannya.

Dia kemudiannya ditahan atas dakwaan melakukan serangan dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Anggota polis terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden tersebut.

Dalam kenyataannya kepada polis, lelaki berkenaan menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mendakwa tindakan itu bagi mempertahankan diri. -Agensi

Artikel Lain