suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru tadika 65 tahun maut selepas bertengkar dengan anak lelaki, suami turut cedera

Mangsa meninggal dunia selepas sejam mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan

 

SEORANG wanita warga emas mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul anak lelakinya sendiri.

Pasukan polis yang ke lokasi kejadian menemui mangsa, Seiko Matsunaga, 65, yang bekerja sebagai guru tadika, dalam keadaan kritikal terbaring di lantai. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas itu. 

Kejadian dilaporkan berlaku pada awal pagi Sabtu di Bandar Kurume, Wilayah Fukuoka, Jepun.

Berdasarkan laporan, polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.30 tengah malam daripada suami mangsa memaklumkan berlaku pertengkaran antara isterinya dan anak lelaki mereka sebelum dia menemui wanita malang itu terbaring di lantai.

Polis memaklumkan suami dan anak lelaki mangsa turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kecederaan dialami kedua-duanya.

Polis berkata, siasatan lanjut akan dijalankan selepas suami dan anak mangsa pulih sebelum mereka disoal siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian. -Agensi

Artikel Lain