SEORANG wanita ditemukan sudah tidak bernyawa di kediamannya di Jakarta Timur, Indonesia pada wal pagi Jumaat lalu.Hasil pemeriksaan awal pihak berkuasa, mangsa yang berusia 36 tahun mengalami luka parah pada bahagian kepala dan leher. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hopsital bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematiannya.Ketua Siasatan Jenayah Polis Cipayung, Inspektor Pertama Edy Handoko berkata, suspek merupakan warga Iran yang juga suami mangsa ditahan pihak berkuasa.Polis turut mengelasifikasikan kes itu sebagai bunuh.Menurut Pertama, motif kejadian dipercayai berkaitan masalah kewangan serta unsur cemburu.Ia susulan suspek menikahi mangsa yang juga warganegara Indonesia tanpa didaftarkan secara rasmi mengikut undang-undang negara tersebut.Polis masih menyoal siasat suspek manakala kes berkenaan diambil alih Polis Metropolitan Jakarta berikutan status suspek sebagai warga asing. -Agensi