suria

Kematian doktor wanita akhirnya terbela, guru dipenjara seumur hidup… Pendakwaan rayu hukuman mati

Dr Vandana Das dibunuh secara kejam pada Mei 2023.

 

GURU lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Sabtu, selepas didapati bersalah dalam kes pembunuhan melibatkan seorang doktor wanita di sebuah hospital.

Pendakwaan bagaimanapun memaklumkan akan memfailkan rayuan bagi menuntut hukuman mati terhadap tertuduh, manakala keluarga mangsa turut menuntut hukuman maksimum dikenakan.

Mangsa, Dr Vandana Das, dibunuh secara kejam di sebuah hospital pada Mei 2023 oleh tertuduh dikenali sebagai G. Sandeep, sekali gus mencetuskan kemarahan masyarakat.

Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman keseluruhan 30 tahun penjara terhadap Sandeep bagi kesalahan itu di bawah Kanun Keseksaan India.

Menurut Pendakwa Raya Khas, Prathap G. Padickal, hukuman penjara seumur hidup bagi kes pembunuhan hanya akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani tempoh 30 tahun penjara. 

Prathap berkata, pihaknya masih menanti penghakiman penuh mahkamah kes tersebut. 

Tambahnya, pihak pendakwaan sebelum ini memohon hukuman maksimum terhadap tertuduh, namun mahkamah berkemungkinan berpendapat kes itu tidak tergolong dalam kategori paling jarang berlaku yang melayakkan hukuman mati dijatuhkan. -Agensi

Artikel Lain