SEORANG lelaki dalam lingkungan 70-an maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika cuba mengalihkan muatan yang terjatuh di sebuah lebuh raya pada awal pagi Jumaat.Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.25 pagi di Lebuh Raya Yeongdong, Siheung, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan. Polis memaklumkan tiga gulungan dawai logam yang dibawa sebuah lori treler terjatuh ke atas jalan ketika kenderaan itu sedang bergerak.Pemandu lori terbabit kemudian memberhentikan kenderaan di lorong ketiga sebelum cuba membersihkan muatan berkenaan.Namun dia dirempuh sebuah lori seberat 4.5 tan yang datang dari arah belakang.Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dalam keadaan jantung terhenti sebelum disahkan meninggal dunia.Setiap gulungan dawai tersebut dianggarkan seberat kira-kira dua tan telah bertaburan merentasi beberapa lorong, sekali gus menyebabkan kemalangan susulan melibatkan empat kenderaan lain.Bagaimanapun, polis berkata tiada tanda awal pelanggaran undang-undang jalan raya seperti memandu dalam keadaan mabuk atau tanpa lesen oleh pemandu lori yang merempuh mangsa.Tiada kematian atau kecederaan serius lain dilaporkan setakat ini, namun jumlah mangsa mungkin berubah sekiranya terdapat pemandu yang membuat laporan kecederaan.Pihak berkuasa telah membersihkan lokasi kejadian dan kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut. -Agensi