suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertengkaran akibat komen jelik Facebook bertukar tragedi, lelaki 55 tahun maut ditembak

Polis membuat kawalan di kampung berkenaan.

 

SEORANG lelaki berusia 55 tahun maut ditembak dalam satu insiden yang tercetus akibat pertelingkahan komen berbaur kontroversi di media sosial pada Khamis lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Kherla, daerah Nuh, Haryana di India.

Menurut polis, insiden pertengkaran bermula daripada isu kecil melibatkan kanak-kanak susulan satu komen jelik di media sosial yang didakwa menggunakan akaun Facebook.

Pertikaian tersebut bertukar tegang apabila golongan dewasa campur tangan sehingga mencetuskan pertengkaran mulut antara mangsa dikenali sebagai Khurshid dan dua individu iaitu lain Javed serta Farid.

Berdasarkan keterangan saksi, pergaduhan itu bertukar tragedi apabila salah seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan dan terkena pada mangsa.

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Al Afia untuk proses bedah siasat.

Pihak polis memaklumkan kes itu sebagai bunuh dan pasukan khas kini giat mengesan suspek yang masih melarikan diri.

Susulan kejadian itu, kawalan keselamatan diperketatkan dengan penempatan anggota polis tambahan di kampung berkenaan bagi memastikan keadaan kekal terkawal. -Agensi

Artikel Lain