SEORANG wanita warga Uzbekistan mendakwa menjadi mangsa rogol selepas dipujuk menaiki sebuah kereta ketika menunggu pengangkutan awam.Berdasarkan laporan, mangsa berusia 36 tahun berkata, dia pada awalnya menunggu sebuah bas mini di tepi jalan di Yalıkavak, Bodrum, Turkiye sebelum sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki berhenti dan menawarkan untuk menghantarnya pulang. Mempercayai pelawaan tersebut, dia kemudian menaiki kenderaan berkenaan untuk pulang ke rumahnya di kawasan Türkbükü. Namun, dia menyedari kereta tersebut menuju ke sebuah tapak pembinaan.Mangsa mendakwa dia kemudian diseret masuk ke kawasan pembinaan sebelum diugut bunuh dan dirogol oleh kedua-dua suspek.Difahamkan, seorang lelaki merogol mangsa manakala seorang lagi merakam kejadian itu serta mengugut akan menyebarkan rakaman berkenaan di media sosial sekiranya dia membuat laporan polis.Selepas kejadian, suspek dipercayai melarikan diri dengan membawa beg tangan, telefon bimbit serta wang milik mangsa.Wanita itu kemudiannya mendapatkan bantuan di sebuah rumah berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Negeri Bodrum menaiki ambulans untuk menerima rawatan.Pihak polis melancarkan operasi memburu suspek dan kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi, bagi mengenal pasti pelaku.Sementara itu, Platform Solidariti Wanita Bodrum dalam satu kenyataan menegaskan serangan tersebut merupakan ancaman terhadap semua wanita dan berjanji akan memantau proses perundangan sehingga pesalah dibawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal. -Agensi