DUA orang guru dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah merakam imej tidak senonoh pelajar dan berkongsi bahan tersebut dalam satu rangkaian voyeurisme melibatkan tenaga pengajar.Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Nagoya pada Khamis menyatakan hukuman terhadap tertuduh Daiki Sawada, 34, seorang guru sekolah rendah awam di Tokyo, serta Keisuke Tsugeno, 41, bekas guru sekolah menengah rendah awam di Chitose, Hokkaido, ditangguhkan selama lima tahun. Hukuman penjara itu digantung selepas tertuduh bersetuju membayar pampasan kepada keluarga mangsa serta menjalani rawatan terapi.Menurut pihak berkuasa, kedua-dua mereka merupakan antara tujuh individu yang didakwa terlibat dalam kumpulan tersebut, yang terdiri daripada golongan pendidik dan bekas guru dari Tokyo serta empat wilayah lain.Hakim Megumi Murase dalam penghakimannya menyifatkan perbuatan Sawada sebagai jenayah nyata dan berniat jahat kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai guru yang sepatutnya melindungi pelajar.Berdasarkan keputusan mahkamah, Sawada didapati berulang kali merakam imej pakaian dalam dua pelajar perempuan antara November 2022 hingga Mac 2023 di sebuah sekolah rendah di Tokyo.Dia juga didakwa meninggalkan cecair badan pada pakaian renang milik dua murid perempuan berusia sembilan tahun antara Julai hingga September 2023.Sementara itu, Tsugeno pula didakwa merakam secara rahsia imej lima pelajar perempuan sekolah menengah menggunakan kamera berbentuk pen antara September 2023 hingga Julai tahun lalu.Dia turut menceroboh tandas pelajar perempuan pada Januari 2025 bagi merakam imej pakaian dalam seorang pelajar berusia 14 tahun.Kesemua tujuh ahli kumpulan berkenaan telah didakwa, manakala keputusan terhadap ahli lain dijangka diumumkan dalam prosiding seterusnya. -Agensi