SEORANG penduduk pangsapuri mendakwa waktu rehat hujung minggunya terganggu susulan gelanggang berhampiran blok kediamannya digunakan sebagai tapak bermain pickleball.Wanita yang tinggal di tingkat dua itu berkata, dia pertama kali terjaga daripada tidur pada 14 Mac lalu akibat bunyi permainan itu dan sorakan sekumpulan pemain seawal pagi. “Saya terpaksa keluar rumah untuk lari daripada bunyi itu sebelum saya jadi hilang sabar. Tapi kenapa saya yang perlu keluar?” katanya.Menurutnya, permainan biasanya bermula sekitar pukul 8 pagi dan berlarutan sehingga kira-kira 11 pagi setiap hujung minggu. Kedudukan gelanggang yang sangat hampir dengan unit kediaman menyebabkan bukan sahaja dia, malah penduduk lain turut terkesan.Kejadian dilapor berlaku di pangsapuri awam di Clementi, Singapura.Wanita itu memaklumkan telah mengemukakan aduan kepada majlis perbandaran, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.Pihak majlis sebelum ini difahamkan telah meletakkan notis meminta pemain mengurangkan tahap kebisingan ketika menggunakan gelanggang.“Saya tiada masalah dengan permainan itu, tetapi apabila ada pemain yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan ketenteraman penduduk, ia memang mengecewakan,” katanya.Isu gangguan bunyi melibatkan pickleball dilaporkan semakin meningkat di beberapa kawasan perumahan di Singapura susulan peningkatan populariti sukan tersebut sejak 2025.Pada September lalu, seorang penduduk di kawasan West Coast dilaporkan mempertimbangkan untuk berpindah selepas mendakwa permainan pickleball berlangsung sehingga 2 pagi. -Agensi