SEORANG pemuda ditahan pihak polis pada Ahad pagi selepas dipercayai memecah masuk sebuah kedai cermin mata.Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 pagi apabila sebuah syarikat keselamatan menghubungi polis selepas penggera kedai berbunyi. Polis yang tiba di lokasi mendapati seorang lelaki berdiri di dalam kedai, dipercayai melalui pintu sisi premis.Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Kita di Sapporo, Jepun.Pemuda berusia 20 tahun itu merupakan seorang pelajar universiti dan berada dalam keadaan mabuk ketika ditahan. Dalam pemeriksaan awal, dia memberitahu pihak polis bahawa dia memasuki kedai untuk berteduh kerana cuaca sejuk dan merasa tidak sihat.Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri atau menceroboh premis milik orang lain, walaupun dalam keadaan kecemasan seperti sejuk atau sakit, sebaliknya menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.-Agensi