SEORANG wanita ditemukan maut di dalam sebuah rumah selepas dipercayai menjadi mangsa cubaan rogol oleh abang iparnya sendiri.Mangsa yang dikenali sebagai U-sa atau Praew ditemui tidak bernyawa pada Ahad selepas rakan sekerjanya datang ke rumahnya kerana dia tidak hadir bekerja selama dua hari. Menurut laporan polis, mangsa berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan cekikan pada bahagian leher.Kejadian dilapor berlaku di daerah Hang Dong di Chiang Mai, Thailand.Seramai lima lelaki dipanggil polis untuk membantu siasatan termasuk bekas teman lelaki, teman lelaki mangsa, tuan rumah serta dua individu lain yang rapat dengannya, namun mereka didapati tidak terlibat.Siasatan kemudian membawa kepada abang ipar mangsa, Phanuwat, 31, yang tinggal di rumah lain dalam kawasan kebun yang sama bersama isterinya.Ketika disoal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku melakukan perbuatan tersebut.Suspek memberitahu polis bahawa pada Khamis lalu dia minum alkohol berhampiran rumah mangsa sebelum berasa ghairah.Dia kemudian masuk ke rumah mangsa dan menemui wanita itu sedang tidur di bilik tingkat dua sebelum cuba merogolnya.Apabila wanita itu melawan, suspek menggunakan wayar elektrik daripada alat pelurus rambut untuk menjerut leher mangsa sehingga tidak lagi bergerak.Suspek mendakwa dia tidak menyedari mangsa telah meninggal dunia dan menanggalkan seluar wanita itu untuk meneruskan serangan seksual.Namun dia menghentikan perbuatannya selepas menyedari mangsa sedang datang haid.Selepas menyedari wanita itu telah meninggal dunia, suspek cuba mengaburi siasatan dengan menjadikan kejadian itu seolah-olah kes kecurian.Ketika mahu meninggalkan lokasi, suspek terserempak dengan seorang penghantar bungkusan yang datang menghantar barang kepada mangsa.Interaksi dengan penghantar bungkusan itu akhirnya membantu polis menumpukan siasatan terhadap suspek sebelum dia mengaku melakukan pembunuhan tersebut.Suspek kini didakwa atas kesalahan membunuh dengan sengaja yang boleh membawa hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara antara 15 hingga 20 tahun di Thailand.-Agensi