suria

Penduduk setinggan serbu kawasan penemuan ketulan emas, ramai-ramai pakat gali tanah nak jadi kaya!

Penemuan emas boleh menjadi titik perubahan yang mengubah nasib seseorang daripada miskin kepada kaya. -Gambar hiasan AI

PENDUDUK di sebuah penempatan setinggan kecoh selepas tersebarnya kisah penemuan ketulan emas di dalam tanah sejak beberapa hari lalu.

Menurut seorang penduduk Gugulethu di Springs, Afrika Selatan, dia menemui ketulan emas itu ketika sedang menggali tanah.

Sejak itu, orang ramai menyerbu kawasan berkenaan dan mula menggali tanah dengan harapan dapat menemui emas dan menjadi kaya.

Suasana itu mengingatkan kepada 'demam emas' yang pernah berlaku di Afrika Selatan lebih seabad lalu.

Springs suatu ketika dahulu merupakan bandar perlombongan emas, namun lombong itu ditutup beberapa tahun lalu.

Kini bandar itu dikelilingi penempatan setinggan yang sebahagian besar penduduknya merupakan pendatang dari negara jiran.

Dalam pada itu, Jabatan Sumber Mineral Afrika Selatan mengecam aktiviti perlombongan yang berlaku di kawasan itu pada minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang sembelih jumpa emas dalam perut itik, jual pada harga RM6,875

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kumpul emas daripada kad SIM terpakai, dapat RM113,410 selepas berjaya jual 191 gram

Menurut jabatan itu, aktiviti tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah ia boleh merosakkan alam sekitar.

Sebahagian individu yang menggali di lokasi itu memberitahu BBC mereka berjaya menemui emas dan menjualnya di pasaran gelap.

Bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan natrium sianida digunakan untuk memisahkan emas daripada bijih.

“Kami tahu ini menyalahi undang undang. Kami mahu kerajaan memberi permit perlombongan supaya kami boleh bekerja dan membayar cukai,” kata seorang lelaki.

Menurutnya, sebagai bapa kepada dua orang anak, dia perlu mencari wang untuk menghantar mereka ke sekolah dan menyediakan makanan.

“Inilah satu satunya cara untuk kami mencari rezeki. Sekurang-kurangnya kami tak buat jenayah serius dan ganas," kata seorang lagi individu

Sebagai perbandingan, gaji minimum bulanan di Afrika Selatan ialah sekitar £74 (RM391.51)

Sementara itu, satu gram emas pula dianggarkan bernilai sekitar £270 (kira kira RM1,430). -Agensi.

Artikel Lain