SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa membunuh anak perempuannya yang berusia 10 tahun susulan syak wasangka mengenai status hubungan mereka.Kejadian dilaporkan berlaku di Jammu, Delhi, India. Berdasarkan kenyataan polis pada Sabtu, tertuduh, Ramesh Kumar yang berasal dari daerah Chhatarpur, Madhya Pradesh, dikehendaki dalam kes pembunuhan pada 2016 yang didaftarkan di Balai Polis Gandhi Nagar di Jammu.Suspek berjaya ditahan selepas identiti palsunya sebagai Rajveer dikesan di Delhi.Difahamkan, suspek bertindak melarikan diri dari Jammu selama 10 tahun selepas melakukan jenayah berkenaan.Selepas penahanannya, tertuduh diserahkan kepada pegawai penyiasat dari Polis Jammu dan Kashmir, yang secara rasmi menahannya bagi kes tersebut.Berdasarkan laporan polis, Kumar yang bekerja sebagai buruh binaan di Jammu, didakwa memukul kepala anak perempuannya dengan kayu sehingga mengalami kecederaan parah.Ia susulan, dia mengesyaki bahawa kanak-kanak terbabit bukan anak kandungnya.Mangsa kemudiannya dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan. -Agensi