suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak 5 tahun maut dihumban dari bangunan 2 tingkat lepas nampak aksi tak senonoh ibu dengan jiran

Jyoti (kiri) membunuh anak sendiri selepas hubungan sulitnya terkantoi.

SATU kes jenayah kembali menjadi perhatian ramai apabila seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh anak lelakinya yang berusia lima tahun.

Kejadian tragis itu berlaku pada 28 April 2023, namun hanya terbongkar selepas siasatan lanjut mendapati kematian mangsa, Jatin, bukan sekadar satu kemalangan seperti yang dilaporkan pada peringkat awal.

Menurut pihak pendakwaan, kematian kanak-kanak itu pada awalnya disiasat sebagai kes terjatuh dari bumbung rumah.

Ketiadaan unsur jenayah ketika itu menyebabkan kes berkenaan tidak mendapat perhatian serius, sebelum kebenaran terbongkar 15 hari kemudian.

Insiden di Gwalior, Madhya Pradesh, India, mendapati Jyoti Rathore, bertindak melemparkan anaknya dari aras dua.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Kes itu dilaporkan semula selepas tertuduh mengaku perbuatannya kepada suami, Dhyan Singh Rathore, yang kemudiannya mengumpul bukti.

Suaminya yang merupakan seorang anggota polis berjaya memperoleh bukti termasuk rakaman audio, video serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman mereka.

Ketua Balai Polis Thatipur, Kamal Kishore, mengesahkan kes hanya dibuka selepas menerima aduan rasmi daripada Dyhan yang mengemukakan bukti kukuh, sekali gus membawa kepada pembukaan semula siasatan.

Siasatan mendapati kanak-kanak malang itu ternampak ibunya berada dalam keadaan tidak senonoh, dipercayai ketika menjalinkan hubungan terlarang dengan jiran mereka, Uday Indolia.

Siasatan lanjut akhirnya membawa kepada pertuduhan di mahkamah, sebelum tertuduh disabitkan kesalahan atas perbuatan kejam tersebut. -Agensi

Artikel Lain