suria

Cikgu hulur RM2 lepas cabul murid lelaki sekolah rendah... Aktif puaskan nafsu songsang sejak 2023!

Mangsa cabul pasti mengalami trauma kerana ia adalah pengalaman yang sangat mengejutkan dan menakutkan. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang guru lelaki berusia 54 tahun yang disiasat atas kes amang seksual terhadap seorang murid sekolah rendah pada Isnin lalu sekitar pukul 7 malam.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tangerang Selatan, AKP Wira Graha Setiawan berkata, suspek juga didakwa memberi wang saku kepada mangsa sekitar 5,000 hingga 10,000 rupiah (RM1.20 hingga RM2.40).

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di daerah Serpong, Tangerang Selatan di Indonesia.

Bagaimanapun menurut Wira, tiada sebarang perjanjian secara bertulis atau lisan antara guru berkenaan dengan mangsa sebelum gangguan seksual itu dilakukan.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Wira berkata perbuatan tidak bermoral itu dipercayai berlaku di kawasan sekolah dan berlarutan sejak 2023.

Setakat ini mangsa yang dikenal pasti dalam kes berkenaan adalah kanak-kanak lelaki, dan suspek disyaki melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak itu di persekitaran sekolah.

Tambah Wira, jumlah mangsa berkemungkinan meningkat dan pihaknya menggesa individu terlibat supaya tampil membuat laporan tanpa rasa takut. -Agensi

Artikel Lain