suria

Pasangan kekasih peras ugut mangsa melalui video bogel, raih lebih RM40,000 sebulan

Pasangan terbabit ditahan selepas satu operasi dijalankan. -Gambar hiasan AI

SEPASANG kekasih ditahan polis selepas dipercayai memperdaya puluhan mangsa melalui media sosial sebelum memeras ugut mereka menggunakan rakaman bogel.

Kejadian dilaporkan berlaku di Istanbul, Turkiye.

Berdasarkan laporan media tempatan pada Selasa, pasangan yang berasal dari Van itu datang ke Istanbul dan menyewa sebuah hotel sebelum menjalankan kegiatan jenayah dengan mencipta banyak akaun palsu di media sosial.

Suspek perempuan berusia 17 tahun akan menghubungi mangsa melalui panggilan video, menunjukkan tubuh bogelnya dan mengajak mangsa melakukan perkara sama.

Dia kemudian merakam adegan tersebut tanpa disedari mangsa.

Susulan adegan suspek bersama mangsa, teman lelakinya yang berusia 21 tahun akan menghubungi mangsa dan membuat ugutan wang dengan alasan untuk mengelakkan rakaman berkenaan disebarkan.

Beberapa mangsa yang terlibat kemudiannya membuat laporan polis.

Susulan itu, polis menjalankan satu operasi khas bagi memberkas kedua-dua suspek.

Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit mereka, polis menemukan banyak gambar dan video lucah membabitkan pelbagai individu.

Malah pasangan itu didakwa memperoleh keuntungan haram kira-kira 500,000 lira Turki (RM46,835) dalam tempoh hanya sebulan.

Suspek lelaki telah direman dan dipenjarakan selepas dibawa ke mahkamah, manakala teman wanitanya dibebaskan dengan syarat kawalan kehakiman. -Agensi

Artikel Lain