PEMPENGARUH TikTok, Pyari Maryam meninggal dunia pada usia 26 tahun selepas melahirkan bayi kembar lelaki.
Suaminya, Ahsan Ali, mengesahkan kematian wanita Pakistan itu pada 4 Disember menerusi laman Instagram.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Pyari Maryam sudah meninggal dunia.
"Semua diminta mendoakan Allah mengampuni dosa-dosanya dan meninggikan darjatnya," tulis Ahsan.
Dalam hantaran itu, dia turut memuat naik foto bayi kembarnya.
"Kedua-dua bayi kecil selamat sepenuhnya. Elakkan penyebaran khabar angin palsu dan doakan untuk Maryam yang kita sayangi," tulis suaminya lagi.
Untuk rekod, Maryam mempunyai lebih 2.3 juta pengikut di TikTok.
Dia meraih populariti kerana sering berkongsi video kehidupan bersama keluarga dan suaminya. - New York Daily News/Tribune News Service


