Gelagat warga asing tersebut dirakam oleh orang awam ketika singgah di kedai serbaneka. -NorthNow/Thaiger
SEORANG lelaki warga asing ditahan polis gara-gara tindakannya selamba berbogel di kawasan awam sehingga mengundang rasa kurang senang orang sekeliling.Gelagat lelaki berkenaan yang menunggang motosikal dan kemudian singgah di kedai serbaneka sempat dirakam orang awam, Dalam klip yang tersebar di media sosial, lelaki tersebut dilihat membuat pembayaran di kaunter sambil menutup alat sulitnya dengan sebelah tangan.Bimbang keadaan bertukar bahaya dan tidak terkawal, orang awam bertindak membuat aduan kepada polis.Kejadian dilaporkan berlaku di Wilayah Kamphaeng Phet, Bangkok, Thailand pada Ahad.Polis beserta Biro Imigresen berjaya mengesan lelaki tersebut di rumah yang dihuni bersama isterinya, seorang warga tempatan. Ketika disoal siasat, lelaki tersebut mengaku dirinya mabuk ketika berkelakuan demikian berpunca daripada masalah peribadi. Difahamkan, pasangan berkenaan sudah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Sementara itu si isteri berkata, suaminya mengalami tekanan dan kemurungan serta merancang untuk kembali ke negara asalnya bagi mendapatkan rawatan.Dia didenda kurang dari RM700 di bawah Seksyen 388 Undang-undang Jenayah kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak. -Agensi