suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor meninggal dunia ketika bertugas, ditemukan terbaring di lantai tandas

Serangan jantung boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira umur atau jantina. -Gambar hiasan

SEORANG doktor di sebuah hospital kerajaan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa bertugas.

Menurut polis, doktor berkenaan dikenali sebagai Dr Trinath Paul, 54, seorang pakar sakit puan di hospital yang terletak di Nilgiri dekat Odisha, India.

Insiden berlaku pada Ahad lalu semasa doktor berkenaan sedang merawat pesakit.

"Dr Paul pergi ke tandas, tetapi tidak kembali selepas beberapa lama. Dia kemudiannya ditemukan terbaring di atas lantai tandas. 

"Dia dibawa ke hospital besar di daerah Balasore, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di sana.

"Menurut doktor, sebab kematiannya adalah akibat serangan jantung," katanya lagi. -Agensi

 

Artikel Lain