suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tangisan dalam 'goodie bag', rupanya bayi dibuang hidup-hidup di tempat sampah

Bayi dalam beg goodie ditemukan penduduk kampung di tempat pembuangan sampah. -Gambar media sosial

PENDUDUK di sebuah kampung dikejutkan dengan tangisan seorang bayi di dalam beg cenderahati (beg goodie) di sebuah kawasan pembuangan sampah berhampiran sungai pada Ahad.

Menurut ketua kampung, Salam, bayi perempuan tersebut ditemukan dalam keadaan dibalut dengan selimut, dengan tali pusat masih belum dipotong.

“Saya tidak pasti sama ada bayi ini baru dilahirkan atau sudah beberapa hari. Tetapi bayi masih hidup ketika ditemukan,” kata Salam.

Salam berkata, kawasan tersebut tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), sekali gus sukar mengenal pasti individu yang membuang bayi ini.

"Penduduk segera membawa bayi ke Pusat Kesihatan Kecamatan Cipayung untuk pemeriksaan perubatan," katanya, sambil memaklumkan kejadian itu turut tular di media sosial [Tonton Video].

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Kramat Oyar, Kampung Setu, Cipayung di Indonesia.

Pihak polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian selepas menerima laporan penduduk sekitar pukul 8 pagi.

"Identiti ibu bapa bayi itu masih belum dikenal pasti.

“Lokasinya jauh dari kawasan perumahan, jadi siapa yang meninggalkan bayi ini masih belum diketahui,” jelas Salam.

Kes berkenaan kini sedang disiasat pihak polis bagi memastikan bayi menerima rawatan susulan yang sewajarnya dan bagi mengenal pasti pelaku yang terlibat.-Agensi

Artikel Lain