suria

[V] "Apa ni?" - Pendakwah wanita dikecam bergurau lucah dengan budak lelaki

Ning Umi Laila dikecam membuat gurauan lucah terhadap kanak-kanak lelaki. -Gambar media sosial

BELUM reda kes melibatkan pendakwah, Gus Elham Yahya mencium beberapa budak perempuan, orang ramai kini berang dengan video tular membabitkan pendakwah wanita pula.

Dalam video yang tersebar itu [Tonton Video], pendakwah, Ning Umi Laila dilihat bergurau dengan cara tidak wajar dengan seorang pelajar lelaki.

Video yang tersebar sejak Jumaat itu memaparkan Umi Laila sedang memimpin satu majlis doa di atas pentas di sebuah lokasi di Indonesia.

Ketika itu, dia menjemput beberapa kanak-kanak untuk menjawab soalan dan beberapa budak lelaki yang memakai kain pelikat dilihat naik ke pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah mohon maaf selepas video cium mulut beberapa budak perempuan tular

Bagaimanapun, ikatan kain salah seorang kanak-kanak yang kelihatan tidak kemas menarik perhatian Umi Laila.

“Apa ni? Kenapa berlipat macam ni?” soal Umi Laila.

Pendakwah wanita yang popular dalam kalangan Gen Z itu dilihat menunjukkan pada bahagian lipatan berdekatan kemaluan kanak-kanak itu.

“Oh, sarung rupanya,” balas Umi Laila sambil ketawa, sementara budak lelaki yang disentuh itu hanya tersipu malu.

Ramai netizen menganggap tindakan serta gurauan Umi Laila sebagai tidak sesuai untuk seorang pendakwah wanita. -Agensi

 

Artikel Lain