PENDUDUK di sebuah kampung gempar selepas menemukan mayat seorang lelaki di dalam rumahnya dalam keadaan tragis apabila tubuhnya tergantung dengan pisau terbenam di dada.
Insiden bermula apabila seorang penduduk, Hadi, menghidu bau hanyir berhampiran rumah mangsa sebelum menemui kesan darah di kawasan berdekatan.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Boja, Kendal, Indonesia.
Mangsa berusia 44 tahun itu dikatakan tinggal sendirian sejak dua bulan lalu selepas isterinya tidak lagi kelihatan di kawasan tersebut.
Bimbang sesuatu buruk berlaku, Hadi menghubungi petugas keselamatan dan pihak berkuasa sebelum pintu rumah mangsa dipecahkan.
Sebaik masuk, bau busuk yang kuat memenuhi segenap ruang rumah.
Mangsa akhirnya ditemukan di bilik mandi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Menurut Ketua Polis Kendal, Bondan Wicaksono, siasatan punca sebenar kematian masih dijalankan dan dia enggan mengulas mengenai pisau yang tertusuk pada dada mangsa.
Jenazah telah dihantar ke hospital di Rumah Sakit Bhayangkara untuk proses autopsi dan siasatan lanjut sedang diteruskan. -Agensi


