suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat ditemukan dalam parit... Suspek mengaku tembak mangsa sebab syak racun anjing peliharaan

Suspek berang dan menuduh mangsa meracun anjing peliharaannya. -Foto HMS

MISTERI penemuan mayat lelaki tanpa identiti yang ditemukan pada 30 Oktober lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan ia berkaitan kes bunuh berpunca daripada tuduhan meracun anjing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sambas, AKP Rahmad Kartono berkata, mangsa berusia 44 tahun itu dipercayai dibunuh oleh lelaki yang sudah ditahan polis.

Menurut Rahmad, siasatan awal mendapati pelaku bertindak mengikut emosi selepas menuduh mangsa meracun haiwan peliharaannya.

Mangsa ditemukan dalam parit di daerah Sambas, Kalimantan Barat di Indonesia.

Polis yang pada mulanya curiga dengan kecederaan serius pada tubuh mangsa kemudian melakukan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), menyiasat saksi dan menjejak suspek sebelum menahannya di rumah.

Suspek mengaku membunuh mangsa menggunakan senapan angin dan parang kerana marah selepas mendakwa anjingnya mati akibat diracun.

Ketua Polis Sambas, Wahyu Jati Wibowo menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sehingga mencetuskan tragedi sambil menegaskan proses undang-undang akan dijalankan secara telus. -Agensi

 

Artikel Lain