suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak masuk umur 9 tahun, bapa hadiahkan Lamborghini Revuelto harga RM7 juta

Majlis sambutan hari jadi seorang kanak-kanak menarik perhatian kerana dia dihadiahkan kereta Lamborghini Revuelto oleh bapanya. -Foto Istimewa/Jawapos

MAJLIS sambutan hari jadi seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mencuri perhatian ramai selepas dia dihadiahkan sebuah kereta mewah Lamborghini Revuelto daripada bapanya.

Majlis penuh glamor itu diadakan di Hotel Four Points Makassar, Indonesia pada petang Jumaat lalu. 

Menurut laporan, kanak-kanak bernama Qansa Alrifaat itu adalah anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal iaitu Ketua Pegawai Eksekutif TRK Holding, H. Najmuddin.

Lamborghini Revuelto merupakan model super hibrid plug-in (PHEV) yang bernilai lebih 25 bilion Rupiah (sekitar RM7 juta), menjadikannya antara kenderaan paling mewah di pasaran.

Dilancarkan pada 2023, model ini merupakan Lamborghini pertama yang menggunakan sistem hibrid plug-in, menggabungkan enjin V12 dengan motor elektrik berkuasa tinggi.

Di pasaran Indonesia, harga Revuelto dianggarkan antara 22 hingga 25 bilion Rupiah, bergantung pada spesifikasi dan tahap penyesuaian.

Majlis hari jadi itu turut mengetengahkan tema 'sporty dan perlumbaan', lengkap dengan hiasan ala litar lumba serta replika speedometer gergasi. 

Pengacara terkenal Indonesia, Boy William, turut hadir sebagai tetamu khas dan memeriahkan majlis semasa acara penyerahan kunci. -Agensi

Artikel Lain