suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu pindahkan hak milik tanah kepada menantu, dua anak pukul bapa sampai mati

Perselisihan faham atau rasa tidak puas hati menjadi antara punca seseorang sanggup membunuh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 60 tahun dilaporkan maut selepas dipukul oleh dua anak lelakinya sendiri dalam satu kejadian tragis akibat pertikaian harta keluarga, pada Jumaat malam.

Mangsa, dikenali sebagai Durga Prasad dari daerah Kaushambi, Uttar Pradesh, India, dilaporkan ingin memindahkan hak milik tanahnya kepada menantu perempuan. 

Namun, tindakan itu menimbulkan kemarahan dua anak lelakinya, Virendra dan Vimlesh, yang berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat bahagian pemilikan dalam harta tersebut.

Menurut polis, kedua-dua suspek didakwa menyerang bapa mereka menggunakan kayu. 

Anak sulung mangsa, Gyan, yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera dalam insiden tersebut.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital daerah tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya.

Dua suspek yang melarikan diri kini masih diburu. -Agensi

 

Artikel Lain