suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi simpan kekasih gelap, ibu 3 anak arahkan buah hati tembak mati suami sendiri

Anjali (kiri), suaminya Rahul (tengah) dan kekasih tertuduh iaitu Ajay (kanan).

SEORANG wanita yang juga ibu kepada tiga anak didakwa mengarahkan kekasihnya untuk membantu membunuh suami sendiri selepas hubungan sulit mereka terbongkar.

Mayat mangsa, Rahul ditemukan di sebuah kawasan lapang di luar kampung dengan tiga kesan tembakan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Meerut Uttar Pradesh, India.

Isteri mangsa, Anjali dikatakan menangisi kematian suaminya sebelum melarikan diri bersama kekasihnya.

Polis pada awalnya menyangka rompakan mungkin menjadi motif pembunuhan namun segalanya terbongkar selepas siasatan lanjut dilakukan.

Ketika polis ingin melakukan siasatan dengan menyoal isteri mangsa , pihaknya mendapati Anjali hilang dari rumahnya. 

Polis kemudian mengesan Anjali yang sedang bersembunyi bersama kekasihnya, Ajay.

Dalam siasatan, Ajay mengaku menembak suami Anjali, atas arahan wanita itu selepas mangsa mengetahui hubungan sulit mereka. -Agensi

Artikel Lain