suria

Geram isteri lari rumah ikut kekasih, lelaki cekik anak perempuan umur 4 tahun sampai mati dalam kereta

Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia 37 tahun didakwa membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun sebelum mengambil nyawanya sendiri selepas isterinya melarikan diri bersama lelaki lain.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada malam 4 November lalu di Mulbagal, Kolar, India.

Pada hari kejadian, pelaku dikenali sebagai Lokesh, yang sudah berkahwin selama empat tahun membuat laporan tentang kehilangan isterinya.

Bagaimanapun isterinya, Navyashri, meninggalkan nota menyatakan dia ingin bercerai dan meminta agar Lokesh tidak mencarinya sebelum melarikan diri.

Selepas mengetahui perkara sebenar, Lokesh meninggalkan rumah bersama anak perempuannya, Niharika, menaiki kereta.

Dia membawa anaknya ke sebuah kedai bakeri dan memberinya makanan kegemarannya sebelum dipercayai mencekik Niharika hingga mati di dalam kereta, kemudian membunuh diri.

Pada Rabu, mayat Niharika ditemukan di dalam kereta yang ditinggalkan di tepi jalan, manakala Lokesh dijumpai tergantung pada sebatang pokok berdekatan.

Kesalahan bunuh diri didaftarkan mengikut Seksyen 108 Bharatiya Nyaya Sanhita berdasarkan aduan bapa Lokesh, sementara laporan bedah siasat masih menunggu untuk menentukan punca sebenar kematian.

Sebagai peringatan, membunuh diri adalah dilarang dan satu perbuatan berdosa besar dalam Islam. -Agensi

Artikel Lain