suria

[V] Wanita dilempang lebih 20 kali, impian rompak kedai emas lebur!

Rakaman CCTV yang tular mengenai kejadian rompakan berlaku pada Isnin.

PERCUBAAN seorang wanita untuk merompak sebuah kedai emas bertukar huru-hara apabila tindakannya memakan diri selepasdia dilempang lebih 20 kali oleh pekedai.

Kejadian yang berlaku pada Isnin, 3 November lalu sekitar pukul 12.30 tengah hari itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) [tonton video] sebelum ditularkan di media sosial.

Suspekwanita itu berpura-pura menjadi pelanggan dengan menutup muka menggunakan sehelai selendangdan memasuki sebuah kedai emas di Ahmedabad, Gujarat, India.

Tidak lama kemudian, suspek bertindak melemparkan serbuk cili ke arah mata pekeda namun ia tidak mengenai sasaran.

Tanpa berlengah,pekedai lelaki terbabit bingkas bangun dan menampar suspek bertubi-tubi.

Menurut polis lagi, pekedai terbabit enggan membuat laporan mengenai kejadian berkenaan, namun siasatan tetap dijalankan bagi mengesan wanita tersebut berdasarkan rakaman CCTV.

Ketua Balai Polis Ranip, Ketan Vyas berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan walaupun mangsa enggan membuat laporan rasmi.

Siasatan hanya diteruskan untuk menjejaki suspek bersandarkan rakaman kamera CCTV. -Agensi

Artikel Lain