SEORANG wanita berusia 40 tahun meninggal dunia selepas diserang dalam satu percubaan serangan seksual oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, menurut laporan polis.
Menurut pihak berkuasa, insiden berlaku pada 3 November lalu ketika mangsa sedang memotong rumput di ladang miliknya di Hamirpur, Uttar Pradesh.
Ketika remaja lelaki tersebut cuba menyerangnya secara seksual, mangsa melawan namun tewas kerana suspek turut mencederakannya menggunakan sabit dan kayu.
Penduduk kampung menemui wanita itu dalam keadaan berlumuran darah dan segera membawanya ke hospital berhampiran.
Mangsa kemudian dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Chandigarh, namun disahkan meninggal dunia dua hari kemudian akibat cedera parah.
Semasa soal siasat, suspek mengaku melakukan serangan itu.
Penguasa Polis Hamirpur, Rajesh Upadhyay, mengesahkan bahawa suspek sedang ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Difahamkan mangsa merupakan ibu tunggal dan membesarkan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dan kurang upaya.
Penduduk kampung menuntut tindakan tegas terhadap suspek sebagai pengajaran. -Agensi


