suria

3 anggota polis didakwa mabuk di kelab malam sebelum rempuh wanita hingga koma 

Keadaan kereta yang remuk selepas melanggar seorang wanita.

TIGA anggota polis dikenakan tindakan siasatan khas selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang wanita parah pada Ahad.

Pegawai trafik memaklumkan siasatan bukan hanya tertumpu kepada kemalangan tetapi juga keberadaan ketiga-tiga anggota di kelab malam sebelum insiden.

Kejadian dilapor berlaku di Medan, Indonesia melibatkan polis dari Daerah Sumatera Utara.

“Mereka kini dalam siasatan khas. Kami menyiasat bukan hanya kerana kemalangan itu, tetapi juga tindakan mereka sebelum kejadian," kata Ketua Subdirektorat Paminal Bid Propam Polda Sumut, Kompol Chandra pada Khamis.

Pada Ahad, sebuah kereta yang dinaiki beberapa anggota polis melanggar seorang wanita sehingga parah berhampiran kelab malam Golden Tiger di Jalan Merak Jingga, Medan.

Mangsa yang dikenali Ed, 26, kini dilaporkan dalam keadaan koma dan kritikal di hospital.

Beberapa anggota polis baru keluar dari pusat hiburan malam dalam keadaan mabuk dengan kereta yang dinaiki mereka meluncur laju dan melanggar mangsa yang berdiri di tepi jalan.

Orang awam di kawasan itu mengejar kenderaan terbabit sebelum ia berjaya dihentikan tidak jauh dari lokasi kejadian.-Agensi

Artikel Lain