suria

Selepas rogol, pemuda 'jual' teman wanita kepada tiga rakan mahu puaskan nafsu

Rogol gadis bawah umur adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

EMPAT lelaki ditahan selepas disyaki merogol dan melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kegiatan tersebut bermula selepas mangsa melarikan diri dari rumahnya selama dua minggu dan menumpang rumah teman lelakinya di Kandis, Riau, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Kandis, Pesuruhjaya Herman Pelani, mangsa dirogol selepas melarikan diri dan tinggal di rumah teman lelakinya.

"Teman lelakinya kemudian menawarkan mangsa kepada rakan-rakan yang lain," ujarnya pada Rabu.

Susulan tawaran tersebut, tiga lagi suspek turut melakukan perbuatan terkutuk itu di beberapa lokasi termasuk rumah, rumah kedai dan ladang kelapa sawit.

"Teman lelakinya menerima wang daripada rakan-rakan, tetapi tidak memberikannya kepada mangsa.

"Dia hanya menyediakan makanan dan tempat tinggal... boleh dikatakan mangsa telah ‘dijual’," jelasnya.

Menurut Herman, mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa dirinya.

Dalam pada itu, Herman memaklumkan teman lelaki mangsa merupakan bekas banduan dan kini ditahan bersama tiga rakannya untuk siasatan lanjut di bawah Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak.

Polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk pakaian mangsa semasa kejadian dan akan memberikan bantuan psikologi kepada remaja terbabit. -Agensi

Artikel Lain