suria

Tak mahu terus hidup bersama, isteri ambil nyawa suami... Teman lelaki bantu jayakan misi kejam!

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan AI

WANITA bersama teman lelaki serta seorang lagi rakannya ditahan polis selepas dipercayai merancang serta membunuh suaminya bagi memulakan hidup baharu bersama.

Mayat mangsa, Kamlesh Dudhiya ditemukan di kawasan luar kampung di Bhavnagar, Gujarat, India dengan kesan kecederaan parah pada badan.

Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang buruh dan isterinya, Mamta, sering bertengkar sejak beberapa bulan lalu.

Polis kemudian mengetahui mengenai hubungan sulit Mamta dengan seorang lelaki bernama Aman dari Kevalani.

Difahamkan, Mamta mahu berkahwin dengan Aman namun terhalang selagi suaminya masih hidup.

Pasangan itu bersama rakan Aman iaitu Amit, merancang pembunuhan berkenaan.

Ketiga-tiga suspek memujuk Kamlesh keluar dari rumah sebelum membunuhnya dan meninggalkan mayat di luar kampung bagi mengaburi pihak berkuasa.

Hasil semakan rekod telefon dan soal siasat membawa kepada pengakuan ketiga-tiganya.

Semua suspek kini ditahan atas kesalahan membunuh dan berkomplot melakukan jenayah. -Agensi

Artikel Lain